Thursday, January 5

SET BERSALIN ORANG KAMPUNG



Set lengkap termasuk bengkung dan free Shaker

HARGA : RM160.00
OFFER : RM145.00

1. Seri Lulur
2.Seri Pilis
3.Seri Susut
4.Kapsul Kacip fatimah
5.Minyak Telon
6.Minyak Gamat
7.Minyak Merah
8.Ubat Periuk
9.Jeli Gamat
10.Bengkung



SET BERSALIN ATIKA BEAUTY



HARGA : RM300.00
OFFER : RM285.00

Set Lengkap Bersalin Untuk 40 Hari Ini Mengandungi :
a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin. Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.

Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.

Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin. Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.

Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.

Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi. 

Rempah Pembersih Wanita
Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada.Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapal
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan

Bengkung Atika Beauty.

Pilis
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



SET BERSALIN IBU HALIMAH




Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

HARGA : RM350.00
OFFER : RM330.00

 Set bersalin Ibu Halimah merangkumi :
• Jamu Mak Dara (Kapsul)
• Losyen Param Ibu Halimah
• Pilis
• Bedak Sejuk
• Rempah Mandi
• Bengkung
• Tungku Kukus Herba

Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang.

* Jamu Mak Dara (Serbuk) >> DENGAN PEMBELIAN BERASINGAN




SET BERSALIN LEESA FORMULA



Set ini mengandungi:

Tablet perawan, tablet haruan, ginger cream
Body contour gel & minyak telon
(juga dijual berasingan setiap satu)

HARGA:
Set A - RM215
OFFER: RM 200

Set B - RM260.00 + bengkung
OFFER: RM240.00

Set C - RM350.00 + bengkung & tungku herba (2)
OFFER: RM320.00



SET BERSALIN SALINDAH (L7-L12)



GUNA :
SELEPAS BERSALIN

Salindah L7
KHASIAT :
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan penahanan. Boleh digunakan sebagai sapuan pada pusat bayi.

GUNA :
MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN


Salindah L8
KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

GUNA :
MULAI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN


Salindah L9
KHASIAT:
Remedi istimewa untuk menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan , menghentikan darah nifas, membetulkan urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut.

GUNA :
MULAI HARI KEENAM SELEPAS BERSALIN


Salindah L10
KHASIAT :
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

GUNA :
MULAI HARI KETUJUH SELEPAS BERSALIN


Salindah L11
KHASIAT :
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur, menghilangkan kebas-kebas, menyegarkan rahim dan alat peranakan.

GUNA:
MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN


Salindah L12
KHASIAT:
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan dan menimbulkan kesegaran.

SET SALINDAH SEMASA HAMIL (B1-B6)




HARGA RM224.00
OFFER : RM200

Salindah B1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
Kategori: Biokimia (MAL05092335T)


Salindah B2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
Kategori: Biokimia (MAL05092336T)


Salindah B3
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
Kategori: Biokimia (MAL05092337T)


Salindah B4
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
Kategori: Homeopati (MAL07021406T)


Salindah B5
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
Kategori: Biokimia (MAL05092339T)


Salindah B6
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
Kategori: Homeopati (MAL08010729T)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...